Filem terbaru arahan Ghaz Abu Bakar tidak akan memberikan keutamaan pada elemen gore dan violence seperti yang menjadi trend dalam filem filem horror masa sekarang. Menurut kenyataan Ghaz Abu Bakar dalam sidang media khas yang berlangsung di Balai Berita Bangsar, Ghaz menegaskan bahawa Qifarah tidak lari dari mengandungi elemen jumpscare.
Namun, filem ini tidak mengutamakan elemen keganasan yang menjadi trend. Sebaliknya, Qifarah berfokus kepada penceritaan dan juga watak watak yang hadir di dalamnya.
"Saya tak nak jual gore dan darah tetapi saya lebih utamakan watak watak. Dalam Qirarah, semua ada weight dan bukan hanya sekadar tempelan"
Qifarah merupakan sebuah filem seram pertama arahan Ghaz Abu Bakar. Filem ini mengisahkan tentang Yusoff (Remy Ishak) yang berhijrah ke Cairo bersama isterinya, Marissa (Rita Nadira) dan anak lelaki mereka, Mikhael (Rafique Iskandar). Selepas menerima panggilan dari bapanya yang memberitahu bahawa dirinya sedang nazak, Yusoff membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bersendirian.
Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila Marissa dan Mikhael muncul di rumah Yusoff secara tiba tiba tanpa pengetahuannya. Keluarga mereka mula mengalami kejadian-kejadian aneh dan menakutkan di rumah tersebut. Yusoff mula mengesyaki bahawa mereka kini menjadi sasaran ilmu hitam.
Qifarah akan berada di pawagam mulai 9 Oktober 2025.





0 Ulasan