Proses Panjang di Sebalik Filem Sore: Istri Dari Masa Depan

Filem bukan sekadar hiburan dua jam di pawagam, tetapi lahir daripada proses kreatif yang panjang dan penuh cabaran. Itulah yang berlaku pada Sore: Istri Dari Masa Depan, sebuah karya yang kini sedang menghiasi layar perak dengan kisah unik dan visual yang segar.



Menurut penulis skrip dan juga pengarah filem ini, Yandy Laurens, perjalanan filem ini bermula seawal tahun 2019, ketika konsepnya pertama kali tercetus. Namun, proses menulis secara rasmi hanya bermula pada tahun 2021, sewaktu dunia sedang bergelut dengan pandemik. Dalam keadaan penuh keterbatasan, penulis dan pasukan kreatif terus bekerja untuk memastikan cerita yang dibangunkan benar-benar kukuh dan relevan.

Setelah skrip melalui pelbagai peringkat perbincangan dan penambahbaikan, barulah kamera mula berputar pada tahun 2024. Dari idea awal hingga ke penggambaran, keseluruhan perjalanan ini mengambil masa hampir lima tahun satu bukti nyata bahawa menghasilkan sebuah filem berkualiti memerlukan kesabaran, visi yang jelas, dan dedikasi seluruh pasukan produksi.

Kini, segala usaha panjang itu akhirnya membuahkan hasil. Sore: Istri Dari Masa Depan bukan hanya sekadar tontonan, tetapi juga simbol kepada betapa seriusnya pengkarya menghidupkan cerita di layar perak. Setiap babak dan dialog yang penonton saksikan adalah hasil daripada kerja keras bertahun-tahun lamanya.

Jika anda ingin merasai sendiri kemuncak perjalanan lima tahun ini, jangan lepaskan peluang menonton Sore: Istri Dari Masa Depan yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Catat Ulasan

0 Ulasan