Studio Kembara Sahkan 'Pendekar Awang: Darah Indera Gajah' Bukan Prekuel Mat Kilau!

Selepas siri pendedahan watak watak pelakon filem terbaru Studio Kembara, Pendekar Awang didedahkan, akhirnya, pada 30 November 2023, teaser selama 15 saat dilepaskan. Teaser yang mendedahkan tajuk penuh filem tersebut yang selama ini dirahsiakan berserta barisan pelakon-pelakon filem berkenaan mengujakan penonton.



Namun, menjadi persoalan baru apabila di bahagian description, filem ini dicanang sebagai sekuel kepada Mat Kilau dan bukannya prekuel. Suka Filem melalui fanpage Gila Wayang berjaya mendapat pengesahan sama ada berlaku kesilapan di bahagian penulisan description.



Ternyata tidak! Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bukan prekuel tetapi sekuel kepada Mat Kilau. Lebih tepat lagi, ianya spin off kepada watak Awang dari filem pertama. 

Hal ini mendedahkan pelbagai persoalan. Ke mana perginya Mat Kilau dalam filem ini? Atau ini hanyalah perjuangan Pendekar Awang tanpa Mat Kilau?

Terlalu banyak persoalan sekarang. Tetapi, sekarang kita dah tahu, filem ini ialah kesinambungan Mat Kilau dan segala kejadian di dalam filem ini berlaku selepas kejadian dalam filem Mat Kilau (2022).

Pendekar Awang di pawagam 2024!

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan