Salman Khan Dan SRK Setuju Dengan Plot 'Tiger Vs Pathaan' Selepas Dibacakan Skrip Oleh Penerbit!

Filem yang bakal menggabungkan Shah Rukh Khan dan Salman Khan dalam francais spy terhebat Bollywood, YRF Spy Universe bakal memulakan penggambaran pada 2024. Filem yang bakal menyaksikan SRK dan Salman Khan bergabung dalam satu filem itu merupakan sebuah projek besar yang mana sukar dilaksanakan jika tiada persetujuan dua pelakon berkenaan.

Menurut sumber, dua pelakon berkenaan dibacakan skrip filem berkenaan oleh penerbit, Aditya Chopra dalam sesi berlainan. Kedua dua pelakon mega tersebut dilaporkan terus menunjukkan thumbs up dan terus bersetuju dengan jalan cerita filem berkenaan.

Sebelum ini, Salman Khan dan Shah Rukh Khan pernah bergabung dalam sebuah filem melalui filem Karan Arjun. Namun, terdapat beberapa filem yang mana kedua dua aktor saling muncul secara cameo dalam filem masing-masing.

Sebelum Tiger Vs Pathaan, YRF Spy Universe akan muncul dengan Tiger 3 yang turut menyaksikan SRK muncul sebagai cameo pada November 2023. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan