Netizen Takut Sebut Tajuk Kat Kaunter Tiket, 'Khong Kaek' Dedah Tajuk Internasional

Filem seram berlatar belakangkan selatan Thailand, Khong Kaek bakal menemui penonton Thailand bermula 27 September 2023. Walaupun tiada tarikh tayangan untuk Malaysia, filem itu mendapat perhatian penonton dengan tajuknya yang agak unik.

Pelbagai ragam netizen dapat dilihat di ruang komen trailer filem berkenaan. Namun, jangan risau, filem ini sudah pun hadir dengan tajuk internasionalnya, The Djinn's Curse. Tajuk itu didedahkan dalam trailer penuh berdurasi 2 minit yang boleh ditonton di Youtube. 

Filem ini diarahkan oleh Kriangkrai Monvichit dan menampilkan pelakon seperti Akara Amarttayakul dan Amena Pinit.

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan