"Blok 404" Dan "Qhaliq" Masuk Senarai Filem Malaysia Kutip Bawah RM1 Juta


Qhaliq dan Blok 404 kini berada dalam senarai filem Malaysia yang mendapat kutipan bawah RM1 juta untuk tahun 2018. Tahun 2018 menyaksikan beberapa filem Malaysia yang gagal menyerlah di pawagam lebih banyak daripada filem yang berjaya. Namun, industri filem Malaysia tetap meriah dengan pelbagai filem baru.


Menurut laman box-office Finas, Qhaliq selesai tayangan dengan kutipan sebanyak RM14,196.50. Qhaliq pada asalnya ditayangkan pada 5 April 2018 namun ditunda kerana bertembung dengan filem Dukun. Qhaliq ialah sebuah filem aksi drama yang berkisar tentang bomba dan tugas-tugasnya. 

Selain itu, filem kontroversi Blok 404 mendapat kutipan RM220,275.17 setakat 19 Julai 2018. Pada masa ini, filem ini masih berstatus masih tayang. Blok 404 terpalit pelbagai kontroversi apabila ramai yang memboikot filem ini kerana penerbitnya yang mempunyai latar belakang yang agak kurang baik. 

Blok 404 ini dilihat mampu mengutip kutipan yang lebih tinggi daripada filem-filem kategori bawah RM1 juta. Antara filem Malaysia kategori filem Bahasa Melayu lain yang mendapat kutipan bawah RM1 juta tahun ini ialah Enjin No. 9 (RM7,566.17), Hantu Wangan (RM89,420.70), Bidong: The Boat People (RM3,536.00), Surf This Love (RM47,724.30), Badang (RM93,496.54), Makrifat Cinta (138,686.04), Bukan Cinta Malaikat (RM127,940.79) dan Buskers (RM68,739.94).

Catat Ulasan

0 Ulasan