Filem Aksi 'Walid' Bakal Tayang Tanpa Potongan Di Pawagam Malaysia!

Filem aksi persilatan kedua arahan Areel Abu Bakar bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 14 September 2023. Filem yang menampilkan Megat Sharizal sebagai pelakon utama itu bakal menampilkan aksi persilatan yang cukup hebat dan menjadi aras baru untuk filem aksi seni persilatan Malaysia.

Mengisahkan seorang guru, Walid yang mana cuba menjejaki pelajar-pelajarnya yang diculik sindiket.

Menerusi trailer yang ditayangkan, Walid kelihatan bakal memaparkan aksi pertarungan yang agak ganas. Kebimbangan untuk babak-babak ganas dipotong menjadi kegusaran netizen. Namun, jangan risau, menurut pelakon utama filem ini, filem ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia tanpa potongan.

Pelakon yang sebelum ini pernah muncul dalam filem Geran (2019), Kalut Nak Kahwin (2022) dan Terbaik Dari Langit (2014) singgah di laman fanpage Suka Filem dan menjawab beberapa soalan dari peminat di ruang komen. Korang boleh baca di sini: link 

Walid menampilkan Megat Sharizal, Putri Qaseh Izwandy, Namron, dan ramai lagi. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan