Tom Cruise Mahu Terus Lakonkan Watak Ethan Hunt Hingga Umur 80an!

Pelakon Tom Cruise yang popular dengan filem Mission Impossible menyatakan hasratnya untuk melakonkan watak Ethan Hunt sehingga umurnya mencecah 80an. 



Perkara ini didedahkan dalam satu temubual bersama The Sydney Morning Herald ketika mempromosikan filem terbaru Mission Impossible: Dead Reckoning Part 1.

Nampaknya, francais Mission Impossible tidak akan tamat sehingga hayat akhir pelakon berkenaan. Kini, pelakon popular era 90an itu sudah mencecah 61 tahun dan dilihat masih belum ada petanda untuk bersara dari watak popular berkenaan.

Harrison Ford is a legend. I still have 20 years to catch up with him. I hope to keep making Mission Impossible movies until I’m his age.

Pelakon itu membandingkan kejayaan Harrison Ford yang masih memegang watak Indiana Jones di usia 80an. Malah, pelakon Michael Keaton yang berusia 71 tahun masih lagi aktif dengan filem filem terbarunya. 

Filem pertama Mission Impossible bermula pada 1996 dan mempunyai 7 filem sehingga kini. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan