Farid Kamil Pegang Watak Rashid Sidek Dalam Filem Terbaru Adrian Teh, 'Gold'

Selepas filem Paskal, Adrian Teh terus melangkah mengarahkan filem terbarunya yang bertemakan kisah benar dan sukan. Filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Act 2 Pictures ini diberi tajuk Gold yang mana diadaptasi dari kisah benar atlit badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou.

Filem ini turut menampilkan watak-watak benar yang akan dilakonkan semula. Menariknya, watak jurulatih Cheah Liek Hou, Rashid Sidek akan diperanankan oleh Farid Kamil. 

Selain itu, watak Misbun Sidek pula akan diterajui oleh Wan Raja manakala Cheah Liek Hou akan dilakonkan oleh Jack Tan. 

Kisah Gold akan menceritakan pengalaman Cheah Liek Hou dalam usahanya untuk menyertai Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang mana pada masa itu dilatih oleh Rashid Sidek. Ianya semestinya akan memberi inspirasi untuk seluruh rakyat Malaysia.

Filem Gold kini dalam proses penggambaran dan akan ditayangkan kelak. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan