Tiada Niat Singgung Mana-mana Pihak, Viu Tarik Balik Tayangan 'Mentega Terbang'

Beberapa hari ini, kecoh tentang sebuah filem yang dikatakan membawa elemen libelarism dan mencetuskan kontroversi selepas mendapat perhatian ramai. Filem Mentega Terbang yang ditayangkan di penstriman Viu semenjak 19 Januari ini juga turut mendapat perhatian Jakim yang mengesahkan filem tersebut bertentangan dengan akidah.



Suka Filem mendapat respon daripada pihak Viu sendiri yang menyatakan bahawa filem ini sudah pun ditarik balik dari laman penstriman tersebut. 

Merujuk kepada pertanyaan anda, Viu amat menghargai setiap pandangan yang diberikan tentang filem tersebut. Pihak kami tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dan kami telah memutuskan untuk mengeluarkan filem tersebut daripada platform kami. Viu akan terus komited dalam mempromosikan budaya hormat-menghormati dan akan sentiasa mengambil berat tentang perasaan Viu-ers kami.

Mentega Terbang diarahkan oleh Khairi Anwar daripada skrip yang ditulis oleh Khairi Anwar, Arjun Thanaraju, Vishnu Varman dan Ti Teng Hui.

 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan