Tiga Hari Saja 'Coastguard Malaysia: Ops Helang' Kaut RM1.5 Juta!

Filem aksi terbaru yang menampilkan aksi ketenteraan di lautan, Coastguard Malaysia: Ops Helang berjaya mencuri tumpuan apabila mengaut kutipan sebanyak RM1.5 juta dalam masa tiga hari tayangan. 



Kutipan ini adalah membanggakan sekaligus membuktikan bahawa filem aksi masih mendapat tempat di hati penonton Malaysia. 

Jumlah kutipan ini dikongsikan di laman Instagram Dunia Sinema yang merupakan anak syarikat Metroweath.

Coastguard Malaysia: Ops Helang merupakan filem yang menampilkan lakonan mantap Shaharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana, Hazama dan ramai lagi.

FIlem ini merupakan filem pertama dan terakhir pengarahnya, Allahyarham Pitt Hanif yang meninggal dunia pada Oktober 2019. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan