Syahmi Syazli Tampilkan Samer Dalam Telefilem Mega Terbarunya '1 Hari Sebelum Raya'

Selepas berjaya mencuri perhatian dengan filem Mael Totey The Movie (tonton sini) dan juga 35mm (tonton sini), Youtuber terkenal dari Kelantan, Syahmi Syazli bakal kembali dengan supertele terbarunya bertajuk 1 Hari Sebelum Raya.



Antara pelakon hebat yang akan membuat kemunculan dalam supertele tersebut ialah Mustapha Kamal, Apek dan juga Hushairie Hussein.

Malah, supertele ini juga turut menampilkan Samer yang terkenal dengan video viral di laman Facebook Syahmi Syazli sebelum ini.

Buat masa ini, tidak diketahui apakah sinopsis supertele terbaru Syahmi Syazli ini. Namun, genre yang dipertaruhkan kali ini semestinya komedi yang menjadi kekuatan pengarah berkenaan.

1 Hari Sebelum Raya akan disiarkan di Astro. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan