Penonton Bakal Nikmati 'Coast Guard Malaysia: Ops Helang' Versi Uncencored Di Amazon Prime

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang bakal ditayangkan di Amazon Prime selepas filem itu selesai tayang. Filem versi pawagam terpaksa menjalani 11 potongan atas nasihat Lembaga Penapisan Filem namun masih tidak menghalang para penonton untuk menikmati filem aksi arahan Allahyarham Pitt Hanif berkenaan.

Menurut penerbit filem ini, Arie Zaharie, para penonton dapat menonton filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang dengan 11 potongan itu dikembalikan sekaligus memberi pengalaman berbeza untuk penontonan filem tersebut di laman penstriman berkenaan.

Filem ini yang mendapat rating IMDB 7/10 ini menampilkan pelakon pelakon hebat seperti Shaharul Ridzwan, Julia Farhana, Sabri Yunus, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang kini masih boleh dinikmati di pawagam. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan