Netflix Tambah Keistimewaan Untuk Pelanggan Premium Tanpa Kenaikan Harga

Netflix menambah beberapa fungsi baru untuk pelanggannya demi memastikan aplikasi penstriman itu kekal relevan dengan pesaingnya. 

Menurut Cnet.com, Netflix kini menambah dua fungsi baru dalam aplikasinya iaitu kebolehan untuk mendownload filem dan siri dalam enam peranti serentak dan juga fungsi audio khas yang dikenali sebagai Netflix Spatial Audio.

Fungsi yang sudah boleh dirasai pengguna Netflix ini hanya tertakluk untuk pengguna premium sahaja (RM55 sebulan). Sebelum ini, aplikasi Netflix hanya membenarkan aktiviti download untuk empat peranti sahaja.

Bagi sistem audio spatial, Netflix kini sudah menyediakan fungsi tersebut untuk lebih 700 siri dan filemnya dan akan bertambah dari masa ke masa. Spatial audio membolehkan pengguna Netflix merasai suasana 360 walaupun dengan sistem audio biasa. Untuk pengguna telefon pintar, telefon stereo diperlukan untuk merasainya.

Namun begitu, Netflix dilihat kekal dengan harga langganan dan masih tidak menaikkan harga bagi fungsi-fungsi baru berkenaan. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan