Kenapa 'Coast Guard Malaysia: Ops Helang' Tidak Ke Netflix? Ini Jawapan Penerbit!

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang kini nampaknya berjaya mendominasi pawagam apabila masih lagi kekal menjadi antara filem pilihan penonton. Filem yang menampilkan Shaharul Ridzwan ini dibikin dengan kos sebanyak RM13 juta dan berjaya mengutip sebanyak RM5 juta sepanjang tayangannya di minggu pertama.

Pada Jun nanti, filem ini akan ditayangkan di Amazon Prime. Pastinya, ramai yang akan bertanya kenapa filem ini tidak memilih platform Netflix seperti filem-filem lain.

Menurut penerbit filem ini, Arie Zaharie, Amazon Prime berjaya menambat hati penerbit apabila bayaran yang diberi agak tinggi berbanding platform Netflix. Namun, tidak didedahkan berapakah jumlah yang dibayar Amazon Prime untuk menayangkan filem ini di platform mereka.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang kini masih boleh dinikmati di pawagam. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan