Hairul Azreen Terpaksa Berehat, Cedera Di Set Penggambaran 'The Original Gangster'

Penggambaran filem The Original Gangster yang merupakan filem aksi terbaru Syamsul Yusof selepas filem Mat Kilau (tonton sini) nampaknya terganggu apabila pelakon utama filem berkenaan, Hairul Azreen mengalami kecederaan yang agak teruk.

Malah, kecederaan ini menyebabkan Hairul Azreen terpaksa berehat. Hairul Azreen memuat naik post yang mana menyatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan penggambaran The Original Gangster dan memohon maaf kepada semua rakan-rakan dan pasukan produksi. 

Hairul Azreen terkenal dengan filem-filem bercorak aksi dan ini merupakan filem pertama yang menyatukan Syamsul Yusof dan juga pelakon tersebut.

The Original Gangster merupakan filem pertama Syamsul Yusof di bawah produksinya sendiri. 

Catat Ulasan

0 Ulasan