'Avatar: The Way of Water' Bakal Cecah Kutipan USD1 Billion Tapi Masih Rugi!

Filem terbaru James Cameron, Avatar: The Way of Water dijangka akan mengutip USD1 billion tidak lama lagi. Demikian menurut laporan Deadline yang mana menyatakan bahawa filem tersebut kini sudah pun mengutip sebanyak USD955 juta. 



Ini membuktikan kuasa James Cameron sangat berbisa apabila filem sekuel kepada filem hit tahun 2009 itu berjaya mengaut USD1 billion dalam hanya masa 12 hari. 

Dalam masa 12 hari, kejayaan Avatar: The Way of Water berjaya mencantas kutipan tertinggi filem Marvel, Doctor Strange in the Multiverse of Madness (tonton sini).

 

Namun, mengutip USD1 billion tidak bermakna filem itu sudah untung. Menurut James Cameron, filem Avatar: The Way of Water perlu mengutip sekurang-kurangnya USD1.5 billion ataupun USD2 billion untuk mendapatkan untung yang memuaskan. 

Filem pertama Avatar yang diterbitkan pada 2009 berjaya mengaut kutipan sebanyak USD2.97 billion melalui beberapa kali tayangan semula di pawagam. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan