Pelakon Lain Tak Berani, Farid Kamil Pilihan Kelima Untuk Lakon Watak Anwar Ibrahim!

Pelakon yang melakonkan watak Anwar Ibrahim dalam filem biopiknya, Farid Kamil mendedahkan yang dia merupakan pilihan kelima dalam pemilihan pelakon untuk memegang watak berkenaan. Terdahulu, netizen digemparkan dengan pembikinan filem biopik Anwar daripada penerbit Indonesia. Pengarah Viva Westi akan mengarahkan filem berkenaan.

Bercakap kepada Gempak.com, dia mendedahkan bahawa dia bersyukur apabila dipilih untuk menjayakan watak itu. Jika tidak, watak Anwar Ibrahim akan dilakonkan oleh pelakon dari Indonesia.

Apa yang paling menyeronokkan adalah saya bernasib baik apabila dipilih untuk berada dalam filem Anwar Ibrahim, kalau tidak filem ini akan dilakonkan oleh dari pelakon dari negara lain. Kalau boleh dikongsikan ada juga empat nama pelakon dari Malaysia yang disenaraikan, tapi mereka tidak berani buat. Jadi saya adalah pilihan terakhir untuk bawa watak berkenaan.

Pelakon yang turut muncul dalam filem Remp-it 2 itu mendedahkan bahawa mereka juga menghadapi masalah untuk mencari pengarah dan juga kru kerana ramai yang tidak berani terlibat dalam pembikinan filem berkenaan.

Masa ketika saya terima tawaran tersebut, tiada seorang pun pelakon, pengarah atau krew yang berani nak buat cerita tersebut. Mungkin mereka takut untuk mengambil tawaran itu, saya pula mengambil risiko untuk terimanya. 

Farid Kamil juga memaklumkan bahawa dia turut bertemu dengan figura politik itu dua kali sebelum berangkat ke Indonesia untuk menjalani penggambaran. 

Filem Anwar Ibrahim ini turut dibintangi oleh Acha Septiasa dan juga Hasnul Rahmat dan merupakan olahan kisah benar tentang kisahnya di era pemerintahan Tun Mahathir. 

Ianya dijangka akan ditayangkan pada awal tahun 2023.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan