Filem 'Daddyku Gangster' Terinspirasi Dari Filem Aksi Hollywood 'Fast And Furious'

Penerbit filem yang pernah menerbitkan filem Perjalanan Pertama (tonton sini), D'Ayu Production akan kembali dengan filem terbarunya, Daddyku Gangster. Walaupun ramai yang mengecam tajuk filem ini, penerbit filem ini optimis filem ini akan mendapat tempat di hati peminat filem.



Menurut laporan daripada laman web Getaran.my, penerbit filem ini, Datuk Rosmarayu Mokhtar berkata bahawa idea untuk menerbitkan filem ini terinspirasi daripada kisah anak yatim yang terbiar serta filem Fast & Furious. 

Idea untuk mencetuskan filem ini timbul apabila melihat kanak-kanak terbiar tidak mempunyai ibu bapa yang meninggal dunia. Selain itu, saya juga mendapat inspirasi daripada filem Hollywood iaitu Fast And Furious 8, di mana ia turut menerapkan elemen kekeluargaan, meskipun ia sarat dengan aksi.

Filem Daddyku Gangster mengetengahkan elemen aksi komedi dan menampilkan lakonan Zul Huzaimy, Adeline Tsen, Faizal Hussein, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Filem ini akan menemui penonton mulai 1 Disember 2022.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan