Antonio Banderas Yakin Tom Holland Mampu Bawa Watak Zorro!

Zorro merupakan antara watak ikonik yang dikaitkan dengan pelakon Antonio Banderas. Pelakon itu memainkan watak berkenaan dalam dua filemnya, The Mask of Zorro dan juga The Legend of Zorro dan kekal sebagai antara watak ikonik lakonannya. Namun, masa sudah pun beredar dan pastinya penonton mengharapkan sesuatu yang baru selepas Antonio Banderas.

Dalam satu temubual bersama Comicbook.com, Antonio Banderas menyatakan bahawa Tom Holland antara pelakon yang sesuai untuk memegang watak lagenda berkenaan. 

Yes, I would. I would consider that possibility. Why not? I think during today's interviews I said something like that to somebody… I said that if they call it Zorro, I will do what Anthony Hopkins did in the first movie and so give the torch to somebody else. Tom Holland. I did Uncharted with him, and he's so energetic and fun, and he's got this spark, too. Why not?

Tom Holland dan Antonio Banderas pernah berlakon bersama dalam filem Uncharted. Dengan kekuatan lakonannya sebagai superhero Spider-man, sudah pastinya Tom Holland mempunyai karisma untuk memegang watak Zorro.


Namun, semuanya bergantung pada masa. Jika Sony, penerbit filem berkenaan setuju dengan filem reboot Zorro, mungkin kita akan dapat menonton filem Zorro lakonan Tom Holland sedikit masa lagi. 
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan