Syamsul Yusof Bakal Bina Francais Gangster Baru Bertajuk 'The Original Gangster'!

Selepas hadir dengan filem kepahlawanan, Mat Kilau (tonton sini) yang mengutip lebih RM90 juta, Syamsul Yusof akan kembali mengarahkan filem aksi popularnya suatu ketika dulu, KL Gangster: The Finale. Namun, KL Gangster: The Finale bukan satu-satunya filem aksi yang berada dalam perancangannya. Malah, Syamsul turut menyatakan yang akan ada filem universe gangster terbaru yang bakal diterbitkan.




Dalam satu temubual dalam Youtube CGV Kreasi, Syamsul Yusof mendedahkan yang dia akan mengarahkan francais gangster terbaru di luar francais KL Gangster. 

Ini tiada kena mengena dengan sekuel KL Gangster. Ini ialah the brand new francais.

Menurut video tersebut, tajuk filem tersebut ialah 'The Original Gangster'. Korang boleh tonton temubual ini dan skip ke minit ke 7.

 


Setakat ini, tidak ada apa-apa info berkenaan sinopsis filem ini. Namun, dalam temubual itu juga, Syamsul Yusof menyatakan yang Aaron Aziz, Sharnaaz Ahmad, Rosyam Noor dan Beto Khushairy akan terlibat dengan filem berkenaan (baca sini). 

Malah, filem tersebut juga akan turut menampilkan Yayan Ruhian, jika bayarannya sesuai (baca sini).

Sama-sama kita nantikan update The Original Gangster kelak. 
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan