'Puteri Gunung Ledang' Bukan Lagi Filem Dengan Kos Paling Mahal Dalam Sejarah Perfileman Malaysia!

Puteri Gunung Ledang pernah menjadi filem yang dibikin dengan kos yang cukup mahal iaitu sebanyak RM16.6 juta. Sayangnya, filem yang menampilkan M. Nasir dan Tiara Jacquilina itu gagal di pawagam dan hanya mampu mengutip kurang daripada RM3 juta dalam tempoh tayangannya suatu ketika dulu.

Namun, filem Puteri Gunung Ledang (tonton sini), kekal sebagai antara filem berkualiti yang tidak ditelan zaman.

Kini, rekod filem dengan kos termahal diambil alih oleh Malbatt: Misi Bakara. Filem aksi ketenteraan yang bakal tampil pada 2023 itu bakal memaparkan tragedi Black Hawk Down yang turut melibatkan tentera dari Malaysia.

Namun, persoalannya, adakah kos yang tinggi akan mampu menjanjikan pulangan yang tinggi? Jika Puteri Gunung Ledang tidak berjaya balik modal dengan tayangan filemnya, harapnya Malbatt: Misi Bakara jangan ulangi kesilapan itu lagi.

Bagaimana untuk tidak mengulangi kesilapan Puteri Gunung Ledang? Senang saja. Semua rakyat Malaysia, ke pawagam menonton Malbatt: Misi Bakara 2023 nanti tau. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan