Kolaborasi Dengan Syamsul Yusof, Ini Jawapan Syafiq Yusof!

Kolaborasi antara Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof antara perkara yang diidamkan oleh penonton filem. Dua pengarah adik beradik ini mempunyai corak pengarahan yang berbeza dan unik. Persoalannya, adakah mereka boleh menghasilkan filem bersama suatu masa nanti?



Perkara ini dijawab oleh Syafiq Yusof dalam satu temubual bersama BuzzPop TV (tonton sini). Syafiq menjawab soalan ini apabila ditanyakanpeminat sama ada satu hari nanti, dia akan berkolaborasi bersama abangnya dalam filem Mat Kilau 2 atau filem selayaknya.

Who knows! Tapi, kalau nak kolaborasi, saya rasa filem tu harus worth it untuk dibuat. Yang ngam dan bajet yang bagus. Kami ada filem masing-masing yang ingin dibuat, tetapi kalau ada peluang, apa salahnya. Mungkin bukan dalam masa terdekatlah rasanya. 

Kolaborasi antara Syafiq dan Syamsul sememangnya antara perkara yang dinantikan peminat filem kerana kedua dua pengarah ini berjaya menampilkan pengarahan dengan kualiti filem yang cukup hebat. Filem Syamsul Yusof, Mat Kilau (tonton sini) berjaya menjadi filem tertinggi kutipannya manakala Syafiq Yusof pula hebat dengan filem-filemnya yang tersendiri seperti Penunggang Agama (tonton sini) dan Penunggang Agama 2 (tonton sini).

Harapnya, suatu hari nanti dapatlah kita melihat kolaborasi dua pengarah ini.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan