Filem seram yang diadaptasi dari kisah viral Indonesia, KKN Di Desa Penari nampaknya akan melayarkan sayapnya untuk ditayangkan di negara Amerika Syarikat. Filem ini yang berjaya mencatat tntonan lebih 9 juta penonton di Indonesia itu sudah ditayangkan semenjak 30 April 2022 yang lalu.
Tayangan di Amerika Syarikat secara ekslusif ini dikhabarkan oleh penerbit filem tersebut sendiri, Manoj Punjabi melalui akaun Instagramnya.
Film Indonesia terlaris 'KKN di Desa Penari' akan datang ke Amerika untuk rilis eksklusif, di Los Angeles dan New York!
Diarahkan oleh Awi Suryadi, KKN Di Desa Penari mengisahkan tentang enam elajar yang menjalankan aktiviti KKN di sebuah perkampungan terpencil lalu melanggar pantang di sana.
Filem ini turut boleh distrim di Disney Plus Hotstar.
===========================LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================






0 Ulasan