Syamsul Yusof Bakal Arahkan Filem Termahal Dalam Sejarah Malaysia?

Selepas mencipta kejayaan bersama filem kepahlawanan Mat Kilau, Syamsul Yusof menyatakan bahawa dia akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka untuk menerbitkan filem yang dikatakan termahal pernah dihasilkan di negara ini.

Menurut Utusan Malaysia, filem ini dikatakan akan menelan kos ratusan juta.

Ratus (juta)… Insya-Allah, filem ini akan menjadi produksi paling mahal dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

 Buat masa ini, filem yang tidak diketahui tajuknya dan juga barisan pelakonnya itu masih dalam fasa perbincangan awal. 

Menurut laporan juga, skripnya sudah ada dan terdapat cadangan dan penambah baikan skrip yang dicadangkan oleh Tun Mohd Ali, Yang Dipertua Negeri Melaka untuk memantapkan lagi pembikinan filem itu. 

Syamsul Yusof pada 17 Ogos yang lalu telah bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan negeri Melaka sudi untuk bekerjasama menerbitkan filem berkenaan. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan