'Perjalanan Pertama' Tampil Lakonan Ahmad Tamimi Siregar Dalam Sinema Indonesia!

Sebelum ini, pelakon seperti Zizan Razak, Chew Kin Wah adalah tidak asing lagi kerana pernah berlakon dalam filem Indonesia. Kini, pelakon veteran yang cukup hebat, Ahmad Tamimi Siregar pula tampil dengan filem Indonesia pertamanya, Perjalanan Pertama.

Filem terbitan syarikat produksi D'Ayu Pictures ini bergenre kekeluargaan dan merupakan kerjasama dengan Mahakarya Pictures daripada Indonesia.

Perjalanan Pertama mengisahkan Tan yang mana merupakan pekerja kedai cenderamata yang tinggal bersama cucunya, Yahya. Pada suatu hari, terjadi satu insiden yang akhirnya menyebabkan seluruh hidup Yahya dan Tan berubah.

Dengan kos produksi sebanyak RM1.75 juta, filem ini menjalani penggambaran di Bukit Tinggi, Indonesia dan bakal tampil di pawagam Malaysia mulai 18 Ogos nanti. 

Selain Dato' Ahmad Tamimi Siregar, filem ini turut menampilkan pelakon seperti Muzakki Ramdhan, Andida Thomas, Randy Pangalila dan ramai lagi.

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan