Pengarah 'Air Force The Movie' Nak Jalani Penggambaran Di Ukraine Tapi Dibatalkan

Pengarah filem Air Force The Movie, Zulkarnain Azhar yang sebelum ini mengarahkan filem J: Revolusi (tonton sini) mendedahkan yang dia merancang untuk menjalani penggambaran untuk negara fiksyen Namburi di negara Ukhraine. Namun, perkara itu terpaksa dibatalkan atas perbincangan dengan pihak TUDM.



Menurutnya, dia memilih negara itu untuk menggambarkan Namburi bagi mencipta suasana sebenar negara bergolak. 

Saya pilih Ukraine kerana mahu cipta suasana sebenar negara bergolak. Namun, selepas memikirkan pelbagai kemungkinan dan proses yang rumit, saya dan pasukan produksi terpaksa mencari lokasi lain.

Selepas itu, mereka memilih Kundasang, Sabah namun akhirnya beralih ke lokasi di Kota Belud atas sebab sebab tertentu.  

Kami lebih tertarik kerana pokok di Kota Belud berwarna kekuningan yang dapat menggambarkan negara Namburi. Selain itu, kami pastikan tiada pokok pisang, kelapa dan getah yang menjadi syarat wajib dalam mencari lokasi penggambaran. Kebetulan lokasi itu adalah lapangan sasar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jadi ia lebih memudahkan kami.

Namburi merupakan negara fiksyen yang direka khas untuk filem ini. Mencipta negara fiksyen untuk filem aksi bukanlah perkara baru malah ianya sudah lama dilakukan di filem-filem negara luar.

Air Force The Movie kini di pawagam.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan