Mat Kilau Kutip RM96 Juta! Berbaki RM4 Juta Menghampiri Kutipan RM100 Juta!

Walaupun sudah sebulan lamanya ditayangkan di pawagam, Mat Kilau masih lagi mendapat tempat di hati peminat. Filem yang menampilkan pelakon Adi Putra itu mengisahkan perjalanan Mat Kilau dalam usaha menentang British dari bumi Pahang.



Menurut Syamsul Yusof ketika ditemubual dalam satu sesi Bual Bicara: Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan: Yang Tersurat dan Tersirat yang diadakan di Persada Canselori UKM, Bangi, dia mendedahkan yang kutipan terkini Mat Kilau ialah RM96 juta!

Ini bermakna, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan hanya memerlukan RM4 juta sahaja lagi untuk mendapat gelaran filem pertama Malaysia yang berjaya mengutip RM100 juta.

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan