Filipina Pun Tak Nak Kalah, Superhero Lebih Seksi Dari Wonder Woman Jadi Taruhan

Semenjak MCU dan filem-filem superhero dikenali, pelbagai pembikin filem dari segenap negara cuba untuk mencipta superhero mereka tersendiri. Malaysia sudah ada filem superhero seperti Cicakman, Indonesia juga dengan universe superhero mereka, dan tak ketinggalan, negara Filipina dengan superhero mereka Darna.



Darna merupakan satu karakter superhero ciptaan Mrs Ravelo dan Nestor Redondo yang mana diterbitkan pada Mei 13 1950. 

Kelihatan seperti rip-off watak Wonder Woman (klik untuk tonton), Darna kini diadaptasi ke drama TV yang kini sedang hangat ditayangkan di Filipina. 

Dengan pakaian yang agak menjolok mata, confirm siri ini tidak akan disiarkan di stesen TV Malaysia. 

Siri ini sudah mula ditayangkan di TV Filipina bermula 15 Ogos lalu dan mendapat respon yang baik di sana.  Filem ini dibarisi pelakon seperti De Leon sebagai Darna, Calzado, Jaranilla, Joshua Garcia, Janella Salvador, Rio Locsin, Simon Ibarra, Paola Gumabao dan Joj Agpangan!


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan