Syamsul Yusof Sahkan 'KL Gangster 3' Bakal Gabungkan Dua Universe!

Dalam kemeriahan pawagam menyajikan filem terbaru beliau, Mat Kilau, Syamsul Yusof sempat memberikan sedikit maklumat berkenaan filem akan datang, KL Gangster 3. Perkara itu dikongsikan dalam satu bual bicara bersama Youtuber Zhafvlog yang boleh ditonton di sini: https://www.youtube.com/watch?v=P0Flb-tBHdg

Dalam bual bicara berdurasi lebih 1 jam berkenaan, Syamsul Yusof sempat memberikan hint berkenaan filem KL Gangster 3 yang kini sudah pun memasuki fasa pre produksi.

Menurutnya, filem KL Gangster akan menggabungkan dua universe KL Gangster iaitu KL Gangster dan juga KL Gangster: Underworld. Walaupun tidak memberitahu watak mana yang akan crossover dalam filem KL Gangster 3, Syamsul menyatakan bahawa ianya ialah sesuatu yang besar dan perlu dinantikan penonton.

Syamsul Yusof juga menyatakan ada pelakon lama yang akan buat comeback dan ada tambahan watak baru. Buat masa ini, sinopsis KL Gangster 3 yang didedahkan dahulu berkisar tentang mafia luar negara dan sesuatu yang lebih besar dari dua filem terdahulu.

KL Gangster 3 masih tidak mempunyai tarikh tayangan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan