'Misteri Rumah Tua', Adegan Beranak Dari Mulut Kena Potong Di Malaysia!

Bagi yang mengenali filem Misteri Rumah Tua yang merupakan filem kerjasama antara Indonesia dan Malaysia, pastinya tidak dapat melupakan adegan beranak dari mulut yang cukup ikonik dalam filem ini. Namun, tahukah korang bahawa adegan beranak dari mulut ini pernah dipotong ketika tayangan di Malaysia?

Filem Misteri Rumah Tua mengisahkan tentang Salmi membalas dendam selepas sekumpulan remaja menjumpai rumah miliknya. 

Menampilkan lakonan Noorkumalasari yang disifatkan antara lakonan paling seram pernah dibawa, Misteri Rumah Tua kekal memberikan nafas dan auranya yang tersendiri setaraf dengan filem-filem seram Suzanna di eranya.

Diarahkan oleh Liliek Sudjio, filem ini turut menggunakan runut bunyi dari filem Nightmare on Elm Stret.

Misteri Rumah Tua boleh distrim di Mubi, Unifi Tv (versi potongan) dan juga Siar. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan