Ini Lakaran 'Perspective View' Pawagam Kelantan Yang Gagal Dibuka Pada 2016

Seperti mana yang diketahui, pawagam di Kelantan sudah mula pupus sekitar 90an. Kini, Kelantan menjadi negeri tanpa pawagam selain Perlis. Bagi rakyat negeri Kelantan, pawagam paling dekat ialah pawagam di Kuala Terengganu dengan jarak perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam!

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ada syarikat pawagam yang ingin membuka pawagam di Kelantan sekitar 2014. 

Paragon Cinema, antara syarikat pawagam yang dikenali bersetuju untuk mengikut semua garis panduan dan akan membuka pawagam tersebut di KB Mall, antara mall terbesar di Kelantan. Pawagam yang berkapasiti 8 dewan tayangan dijangka akan dibuka pada Julai 2016.






Namun, hasrat rakyat Kelantan untuk mengembalikan era kegemilangan pawagam Lido dan Rex tersungkur apabila pawagam tersebut gagal dibuka pada tarikh yang dirancang. Malah, lebih menyedihkan, pembukaan tersebut telah pun dibatalkan dan hasrat Kelantan untuk ada pawagam sendiri sudah terkubur

.





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan