Syamsul Yusof Olah 90% Skrip Asal Filem 'Mat Kilau' Demi Baiki Mutu Filem

Filem terbaru arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau berada dalam proses pembikinan yang agak lama sebelum pengarah Munafik tersebut terlibat dalam pembikinan filem berkenaan. Filem Mat Kilau mendapat reaksi yang pelbagai daripada penggemar filem. Ada yang bersetuju dengan pembikinan filem ini dan ada yang tidak bersetuju kerana bimbang tidak menepati sejarah sebenar.

Dalam satu hantaran Instagram, Syamsul Yusof menjelaskan bahawa skrip asal filem ini telah dirombak 90% dari aspek jalan cerita dan dialog bagi menepati kehendak dirinya sebagai pengarah dan penulis lakonlayar.


Di status itu juga, Syamsul Yusof menjangkakan reaksi penonton yang mungkin tidak senang dengan gaya pembikinan filem tersebut. Namun, menurutnya, semua itu demi untuk menghasilkan sebuah filem sejarah bangsa yang berkualiti.

Mat Kilau merupakan filem pertama arahan Syamsul Yusof yang bukan di bawah terbitan Skop Production. Filem ini juga menandakan filem sejarah pertama arahan pengarah filem yang terkenal dengan KL Gangster tersebut.

Filem yang membariskan pelakon hebat seperti Dato' Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari ini turut menampilkan Yayan Ruhian. 

Ianya akan mula ditayangkan di pawagam mulai 23 Jun 2022.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan