Persembahan Awang Dalam 'Mat Kilau' Letakkan Fattah Amin Di Aras Baru Sebagai Pelakon - Fazura

Isteri kepada pelakon Fattah Amin, Nur Fazura tidak juga ketinggalan memuji filem Mat Kilau yang juga turut dilakonkan oleh suaminya itu. Filem Mat Kilau kini mendapat kutipan di luar jangkaan apabila sudah melepasi aras RM10 juta dalam masa hanya 4 hari tayangan. Ianya kutipan yang cukup besar selepas pawagam sendu selepas pandemik melanda.


Mat Kilau ialah sebuah filem yang menampilkan Dato Adi Putra sebagai Mat Kilau, pahlawan yang pernah menentang penjajah di Pahang.

Dalam satu hantaran Instagram, Nur Fazura menitipkan ucapan tahniah kepada Fattah Amin dan menyifatkan lakonan suaminya sebagai penanda aras baru untuk pelakn itu. 

Filem Mat Kilau menampilkan himpunan pelakon yang cukup gah dari veteran ke pelakon popular masa kini. Malah, filem ini turut menampilkan aksi persilatan yang sudah lama dimahukan penonton filem  Malaysia.

Ianya bukan sebuah kisah benar perjuangan Mat Kilau tetapi lebih kepada fiksyen yang menyuntik semangat perjuangan di kalangan Melayu.

Filem ini kini sedang panas di pawagam.  

Catat Ulasan

0 Ulasan