Netizen 'Claim' Silat 'Mat Kilau', Yayan Ruhian Jelaskan Asal Usul Silat Sebenar!

Pelakon yang memegang watak antagonis dalam filem Mat Kilau, Yayan Ruhian nampaknya tampil memperjelaskan makna silat berdasarkan apa yang difahaminya. Yayan Ruhian, pelakon Indonesia yang menempa nama di persada dunia dengan filem hebat seperti John Wick 3 kini sudah mula sebati dengan filem-filem Malaysia.



Netizen tidak pernah berhenti claim sama ada silat itu asalnya Malaysia atau Indonesia. Wartawan Mstar berkesempatan bertanyakan soalan tentang asal usul silat kepada pelakon Yayan Ruhian sempena tayangan Mat Kilau.

Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=JChizF3a7sU

Menurutnya, silat itu ialah silaturahim. Maka, tidak ada isu tentang silat itu milik siapa. Malah, siapa pun yang mempelajari silat, pastinya menjunjung tinggi nilai silaturahim dalam silat itu sendiri,

Yayan Ruhian memegang watak Toga, watak antagonis yang merupakan pembunuh upahan Captain Syers. 

Terkenal dengan filem The Raid, Yayan Ruhian sudah membintangi beberapa filem aksi Malaysia termasuk Wira dan juga Pasal Kau!

Mat Kilau kini di pawagam. 





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan