Mawi Filemkan Kisah Hidup Ustaz Kazim Dalam 'Zim Zim Ala Kazim'

Selepas mengarahkan filem Tiada Tajuk (tonton sini) dan Hantu Kuat Ketawa, Mawi bakal hadir dengan filem ketiganya. Kali ini, Mawi membuat pembaharuan apabila bakal tampil dengan filem berkonsep biografi yang bakal memartabatkan Ustaz Kazim Elias sebagai hero utama filem berkenaan.

Pelancaran filem ini sudah dilakukan pada hujung Aprlil lalu. Menurut Mawi, idea menterjemahkan kisah pendakwah terkenal itu berlaku secara kebetulan apabila mereka bertemu di konti Zayan.fm.

Zim Zim Ala Kazim turut mengangkat kisah penyakit misteri yang dideritai ustaz tersebut. Penghasilan filem ini sedikit sebanyak akan memberi iktibar kepada penonton.

Filem ini bakal menjalani penggambaran di Perak dan bakal menelan kos sebanyak RM500 ribu. Ianya dirancang untuk ditayangkan ketika sambutan Maulidul Rasul di Astro First.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan