Fizz Fairuz Bakal Kembali Dalam Prekuel Filem 'Mat Tudung'?




Mat Tudung merupakan sebuah filem komedi yang cukup popular sekitar tahun 2014. Filem yang menampilkan pelakon Fizz Fairuz memegang dua watak berbeza jantina itu tidak dinafikan sememangnya kelakar walaupun dipenuhi lawak dewasa. 


Nampaknya, selepas hampir 8 tahun, filem Mat Tudung bakal kembali dengan prekuel. Walaupun tiada berita rasmi berkenaan filem ini, sebuah foto design baju untuk kru produksi filem Mat Tudung Begin sudah dimuat naik di laman Instagram Fizz Fairuz.

Di ruang komen, Fizz Fairuz memberikan hint yang filem ini bakal ditayangkan sekitar tahun 2023 nanti. Namun, persoalannya, adakah filem prekuel ini bakal melawan kehebatan filem pertamanya?

Filem Mat Tudung yang diterbitkan pada 2014 diterbitkan oleh anak syarikat KRU Production, Showbiz dan diarahkan oleh Wan Hafiz. Filem tersebut menampilkan Fizz Fairuz sebagai Johan dan juga Johanna dan juga Nelydia Senrose. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan