China Haramkan 'Doctor Strange In The Multiverse of Madness' Bukan Sebab LGBTQ+

Selain negara Arab Saudi, Kuwait dan juga Brunei, filem Doctor Strange juga akan turut tidak ditayangkan di negara China. Menurut laporan Deadline, filem ini sudah dihantar kepada pihak berkuasa negara itu untuk disemak namun tidak lagi diluluskan oleh piak berkenaan. Namun, filem ini mungkin tidak akan ditayangkan atas sebab yang bukan berkaitan dengan LGBTQ+.

Filem yang membariskan pelakon hebat seperti Benedict Cumberbatch dan Elizabeth Olsen ini menampilkan elemen multiverse yang ditunggu-tunggu peminat.

Menurut sumber, filem ini diharamkan di China kerana terdapat satu babak di awal filem yang menunjukkan sebuah kiosk jualan surat khabar yang menunjukkan surat khabar The Epoch Times dalam tulisan bahasa Cina yang mana merupakan sebuah akhbar anti Parti Komunis China. 

20 minit filem tersebut telah ditayangkan di Cinemacon dan kiosk surat khabar kontroversi itu sememangnya jelas kelihatan. 

Marvel Studio nampaknya cuba untuk mengambil pendekatan yang cukup agresif dan bermain dengan sensitiviti negara. China mungkin antara penyumbang jualan tiket terbesar yang terpaksa dilupakan. Malah, pengharaman di Arab Saudi sendiri sudah merugikan Marvel Studios sebanyak USD 500 ribu!

China nampaknya sudah menghalang banyak filem-filem superher semenjak 2021. Jika dilihat, pada 2021, filem filem seperti Black Widow, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, Eternals, Venom 2 dan Spiderman No Way Home juga tidak ditayangkan di negara tersebut.

Walaupun tanpa tayangan di China, Marvel Studios membuktikan yang mereka boleh menguntip untung dengan gah di negara lain seperti apa yang dibuat oleh filem Spider-man: No Way Home. Setakat ini, sudah lebih USD42 juta tiket Doctor Strange in the Multiverse of Madness terjual di seluruh dunia. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan