Robert Pattison Bakal Kembali Dalam 'The Batman 2', Matt Reeves Kembali Sebagai Pengarah

Filem The Batman lakonan Robert Pattison yang diarahkan oleh Matt Reeves nampaknya akan kembali dengan sekuel. Filem yang menampilkan Batman wajah baru ini berjaya mengutip USD758 juta di seluruh dunia dan menjadi antara filem Batman yang menerima pujian ramai. Ramai yang memuji kehebatan bagaimana Matt Reeves mengarahkan filem ini. 

Pengumuman tentang sekuel filem ini dilakukan ketika pembentangan Warner Bros di CinemaCon. Dilaporkan, Matt Reeves bakal kembali sebagai pengarah dan Robert Pattison akan kembali melakonkan watak Batman.

Namun, berita ini mungkin antara khabar angin yang membuatkan para penonton tertunggu-tunggu masa depan wira Gotham itu. Dengan pelbagai perancangan filem superhero Warner Bros, mungkin kita terpaksa menunggu agak lama untuk sekuel ini muncul. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan