Johnny Depp Pernah Ditawarkan Bantu Tulis Lakonkayar 'Pirates 6' Demi Jack Sparrow

Pelakon Johnny Deep pernah diminta untuk Disney untuk terlibat dalam penulisan lakonlayar filem Pirates of the Caribbean 6 sebelum dibuang daripada filem berkenaan selepas isu keganasan rumah tangganya menjadi kontroversi.


Bagi kebanyakan peminat POTC, Jack Sparrow menjadi antara watak yang cukup disayangi oleh peminat kerana wataknya yang cukup unik. Johnny Depp memberi komen berkenaan filem tersebut dan dirinya yang kini terlibat dengan sesi perbicaraan mahkamah.

I didn't quite understand how after that long relationship and quite a successful relationship, certainly for Disney, that suddenly I was guilty until proven innocent... I, in fact, had been approached to take part in writing Pirates 6... my feeling was that these characters should be able to have their proper goodbye, as it were. A franchise can only last for so long, and there's a way to end a franchise like that. And I thought that the characters deserved... to end their franchise on a very good note. I planned on continuing until it was time to stop.

Buat masa ini, Johnny Depp sudah tidak terlibat dengan filem POTC kerana tidak dibenarkan oleh DIsney. 

Perancangan untuk filem keenam Pirates of the Caribbean nampaknya beralih arah selepas watak Johnny Depp dipecat. Malah, Disney juga pernah merancang untuk menggantikan watak Jack Sparrow dengan versi wanita. 

Malah, lebih 700 ribu peminat sudah menandatangani petisyen untuk membawa kembali Johnny Depp ke dalam filem keenam POTC.  Namun, semuanya bergantung kepada Johnny Depp yang khabarnya sudah tidak mahu kembali sebagai Jack Sparrow lagi. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan