'Dr. Strange In The Multivese of Madness' Kini Diharamkan Di Mesir!

Selepas Arab Saudi dan Kuwait, filem Dr Strange in the Multiverse of Madness kini sudah dibanned secara rasmi di Mesir kerana kemunculan watak America Chaves yang mana merupakan watak LGBTQ+. Watak Dr. Strange yang diperkenalkan pada tahun 2016 melalui filem Dr. Strange itu menjadi antara karakter yang cukup diminati penggemar filem MCU.

Menjadi antara watak penting dalam filem-filem MCU, Dr. Strange muncul dalam filem yang mungkin akan meluaskan multiverse MCU dengan pelbagai kejutan. 

Namun, beberapa negara Arab termasuk Mesir kini sudah mengharamkan tayangan filem ini. Perkara itu dikongsi oleh IMAX Egypt yang menyatakan bahawa tayangan filem tersebut di Mesir sudah pun dibatalkan secara rasmi. 



Tindakan negara-negara Arab yang kelihatan tegas dalam menghalang filem yang mempromosikan LGBTQ+ ini semestinya satu tindakan yang wajar. Justeru, Disney perlu berfikir kembali sama ada LGBTQ+ sesuai berada di dalam sebuah francais terbesar yang mana mempunyai peminat di kalangan pelbagai lapisan.

Pengharaman Dr. Strange in the Multiverse of Madness mungkin akan mengganggu keuntungan filem berkenaan. Menurut Screenrant, pengharaman filem ini di negara Arab sahaja sudah merugikan Disney sebanyak USD500 juta! 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan