Header Ads Widget

Ryan Reynolds, Dwayne Johnson & Gal Gadot Kembali Untuk 'Red Notice 2 & 3'

Netflix kini mengesahkan yang filem Red Notice akan kembali dengan dua lagi filem sekuel dengan pelakon asalnya, Ryan Reynolds, Dwayne Johnson dan Gal Gadot dijangka akan kembali melakonkan watak mereka. Filem Red Notice diarahkan oleh Rawson MArshall Thurber dan merupakan kolaborasi ketiga pengarah itu dengan Dwayne Johnson.

Filem Red Notice pada asalnya dirancang untuk ke pawagam namun Netflix membeli hak cipta dan menyuntik USD200-250 juta ke dalam bajet filem ini menjadikannya sebagai antara filem dengan bajet termahal di Netflix.

Menurut Deadline, filem kedua dan ketiga Red Notice masih lagi dalam fasa perancangan dan skrip filem sekuel ini bakal ditulih oleh Rawson Marshall Thurber sendiri. Menurut sumber, Netflix merancang untuk membuat penggambaran filem ini secara terus menerus sekitar tahun 2023 nanti.

Walaupun Red Notice tidak mendapat kritikan yang baik, filem ini berjaya untuk menambah pelanggan Netflix yang baru. Semestinya strategi Netflix untuk menarik pelanggan ini nampaknya agak luar biasa dengan keupayaan Netflix sebagai gergasi penstriman dunia.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments