Header Ads Widget

Willem Dafoe Dedah Sebab Kenapa Dia Kembali Dalam 'Spider-man: No Way Home'

Kembalinya pelakon watak Green Goblin, Willem Dafoe dalam filem Spider-man: No Way Home pastinya membuatkan para penonton teruja. Watak yang dipegang menerusi trilogi pertama Spider-man arahan Sam Raimi itu cukup ikonik walaupun ianya sudah lama. Tidak dinafikan lakonannya melekat di hati penonton ketika itu.

Kini, Willem Dafoe bakal kembali dalam filem Spider-man: No Way Home bersama dengan watak villain lain seperti Sandman, Dr. Ock dan juga Electro. 

Dalam temubual terbaru di Youtube untuk mempromosikan filem Spider-man: No Way Home, dia mendedahkan kenapa dia memilih untuk kembali ke francais ini.

But it was really the pitch. And, like Jamie, I know Amy's history. She walked me through it, and then Jon, the director, kind of pitched the whole idea before I read a script and it sounded like a lot of fun and a good solution. And then when we went deeper into it, I liked the idea that I was returning to something that was same but different.

Alfred Molina dan Jamie Foxx juga juga hadir ketika sesi temubual ini turut bersetuju dengan pendapat Willem Dafoe yang menyatakan bahawa filem terbaru Spider-man ini nampak segar dan menyeronokkan. 

Spider-man: No Way Home bakal ditayangkan di pawagam bermula 16 Disember 2021. 

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments