Header Ads Widget

Filem 'Syahadan' Sasar Pengamal Persilatan Dan Pencinta Silat Melayu!

Selepas kemelut dengan Astro First beberapa bulan lalu, filem aksi persilatan Malaysia, Syahadan akhirnya bakal menjengah pawagam pada Januari 2022. Perkara ini sememangnya agak menggembirakan para peminat filem seni bela diri kerana berpeluang menonton filem berkenaan di layar besar. Paling ditunggu-tunggu, filem ini menampilkan lakonan pertamakali Al Jufree yang merupakan pesilat negara!



Uploading: 574970 of 574970 bytes uploaded.

Filem ini diarahkan oleh Datuk Dr. Fairus Hussain dan Halim Hassan dan mengisahkan tentang seorang anak muda yang dihantar untuk belajar tentang silat kerana ingin mengubah sikapnya yang nakal.

Menerusi temubual bersama pihak Arkian Studio melalui Messenger, filem ini disasarkan untuk pengamal persilatan dan juga para pencinta silat Melayu. Ianya sebuah karya yang memartabatkan seni silat yang jarang dipersembahkan di layar perak mahupun televisyen.

Syahadan akan menemui penonton pada 20 Januari 2022 dan turut menampilkan pelakon Anuar Rahman dan Bob Megat!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments