Header Ads Widget

Watak Papa Zola Digugurkan Untuk Filem Sekuel 'Boboiboy The Movie' Ketiga

Pengarah filem Boboiboy The Movie, Nizam Abdul Razak mengumumkan yang filem terbaru BoboiBoy The Movie akan menggugurkan watak Papa Zola. Perkara itu didedahkan dalam satu hantaran Facebook di laman Facebook profile miliknya. Menurutnya, terdapat kekangan dari segi screentime watak sehinggakan ada watak yang terpaksa digugurkan bagi memberi peluang kepada penceritaan yang lebih berkesan.



Watak Papa Zola adalah watak yang cukup ikonik dalam siri animasi BoboiBoy The Movie. Walaupun ada yang menyampah dengan sikap watak tersebut, ternyata ianya agak unik untuk siri berkenaan. Namun, pilihan untuk membuang watak tersebut di dalam filem seterusnya pasti akan memberi impak yang besar dan akan memberikan penceritaan yang lebih segar. 


Papazola terkenal dengan lawak 'kebenaran' dan antara watak dewasa yang memeriahkan dunia BoboiBoy. Pastinya kehilangan watak ini dalam filem Boboiboy akan datang akan memberi kesan kepada peminat. 

Sebelum ini, Boboiboy sudah hadir dengan dua filem. Filem pertama Boboiboy diterbitkan pada 2016 dan filem keduanya diterbitkan pada 2019 dan berjaya mengutip kutipan yang agak memberansangkan. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments