Tanpa 1 Juta Follower Pun, Pelakon Filem 'Prebet Sapu' Kini Akan Ke Oscar!

Ada apa pada 1 juta follower jika tidak mampu memecahkan tembok Malaysia dan mendunia. Beberapa hari ini, kecoh berkenaan isu stesen tv yang inginkan pelakon dengan 1 juta follower. Isu ini membabitkan pemilihan pelakon yang tidak dipilih mengikut bakat ini mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Namun, realitinya, apa ada 1 juta follower jika tidak boleh ke Oscar, kan?

Dengan berbekalkan follower sebanyak lebih 300 ribu sahaja di Instagram, pelakon Amerul Affendi bakal diperkenalkan ke seluruh dunia melalui filem Prebet Sapu. Bukan bintang baru dalam industri filem dan juga drama tempatan, pelakon ini kelihatan tidak terlalu mengejar follower di media sosial tetapi masih mengekalkan momentum dan bakat lakonan yang tidak dinafikan cukup hebat.

Prebet Sapu merupakan sebuah filem dalam format hitam putih yang menggandingkan Amerul Affendi dengan pelakon Lim Mei Fen. Filem berkisar tentang teksi sapu ini sebelum ini sudah ditayangkan di pelbagai festival filem di seluruh dunia. 

Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Disember 2021. Diarahkan oleh Muzammer Rahman, filem ini sudah disahkan sebagai wakil Malaysia ke Oscar 2022. Jadi, semestinya ada sesuatu pada filem ini yang mesti korang tonton dan nilaikan sendiri.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan