Filem pertama arahan Aliff Ihsan Rahman, Siapa Tutup Lampu? bakal ditayangkan di Astro First mulai 25 November. Filem yang membariskan pelakon hebat seperti Naim Daniel, Uyaina Arshad, Azizul Amar dan banyak lagi ini pertamakalinya memperkenalkan genre persahabatan dan thriller. Konsep ini mungkin agak asing bagi perfileman Malaysia namun bukanlah luar biasa di Hollywood.
Antara filem friendship thriller dari Hollywood ialah It, The Maze Runner, The Ruins dan banyak lagi.
Siapa Tutup Lampu? sudah mendapat hak pengedaran luar negara dan ditukar tajuk kepada Lights Out! Hebat kan? Sememangnya kualiti Siapa Tutup Lampu? tidak dapat dinafikan agak baik kerana ianya merupakan adaptasi daripada karya pementasan teater yang memenangi pelbagai anugerah tulisan Azhar Jalil.
Filem Siapa Tutup Lampu? diterbitkan oleh Horizon Film Entertainment dan Articulate Fusions Productions Malaysia. Ianya pada asalnya dirancang untuk tayangan pawagam namun terpaksa dibatalkan kerana kekangan pandemik.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan