Filem Tempatan ' Siapa Tutup Lampu?' Dapat Hak Seluruh Dunia Sebelum Tayang Di Malaysia!

Filem seram thriller terbaru, Siapa Tutup Lampu? mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila ianya mendapat hak pengedaran seluruh dunia sebelum ianya ditayangakn di Astro First nanti. Filem terbitan Horizon Film Entertainment dan Articulate Fusions Productions Malaysia ini pada asalnya dirancang untuk tayangan pawagam Malaysia dan Indonesia namun berhadapan dengan kekangan pandemik.

Siapa Tutup Lampu membariskan pelakon hebat seperti Azizul Ammar, Uyaina Arshad, Naim Daniel, Azhar Jalil, Ismi Melinda dan Afieq Shazwan. 

Untuk edaran luar negara, Siapa Tutup Lampu? ditukar tajuk kepada 'Lights Out'.  Hak penyiaran Siapa Tutup Lampu? untuk edaran luar negara diperoleh oleh TBA Studios, sebuah syarikat pengedaran filem terkemuka di Filipina. TBA Studios pernah menghasilkan beberapa filem hebat di sana seperti I'm Drunk, I Love You dan juga General Luna.

Filem ini mengisahkan lima sekawan iaitu Akmal, Arif, Aryana, Azie dan Amir yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk bercuti di Genting Highland. 

Amir terbunuh dalam kemalangan itu. Ketika mayat Amir di rumah mayat, keempat-empat sahabat terpaksa hadir untuk pengecaman mangsa. Malangnya, mereka terkunci dalam rumah mayat itu dan digangu pelbagai perkara misteri. Apakah perkara yang mengganggu mereka? Semuanya terjawab dalam Siapa Tutup Lampu?

Penggambaran filem Siapa Tutup Lampu? dijalankan pada 6 April hingga 20 April 2021 di sekitar Kuala Lumpur seperti Estrella KL, Putrajaya International Convention Centre, Giant Seksyen 7 Shah Alam dan banyak lagi. 

Filem ini merupakan filem feature pertama pengarahnya, Aliff Ehsan Rahman. 

Filem seram thriller Siapa Tutup Lampu? akan mula ditayangkan di Astro First bermula 25 November 2021. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan