Selepas Menang Artis Komedi Popular, Asif Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru Bertajuk '35MM'

Selepas merangkul kemenangan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dalam kategori Artis Komedi Popular, Asif Suhaimi bakal muncul dalam filem ketiganya yang diberi tajuk 35MM. Kejayaan Asif dalam dunia lakonan tidak pernah disangka-sangka dan ianya satu kejayaan bagi pelakon OKU yang berasal dari Kelantan ini. 



Menurut Harian Metro, Syahmi Syazli bakal tampil dengan filem arahannya yang kedua yang diberi tajuk 35MM. Sebelum ini, Syahmi Syazli sudah mendedahkan bahawa dia akan membikin sebuah filem baru dengan tema time travel. 

35MM merupakan filem feature ketiga lakonan Asif. Sebelm ini, Asif turut terlibat dalam filem Syif Malam Raya arahan A Razak Mohaideen. Selepas itu, Mael Totey The Movie pula menempatkan nama pelakon ini ke tahap yang terbaru.

Diharapkan filem 35MM dapat menaikkan nama artis OKU dan juga mampu memberi nafas baru dalam dunia perfileman tempatan. 35MM bakal dibintangi juga oleh Yoe Parey dan juga beberapa pelakon lain yang masih belum diketahui.


35MM dihasilkan khas untuk tayangan AstroFirst dan akan mengisahkan Asif dan Yoe Parey yang terperangkap di empat zaman berbeza. Filem ini turut menampilkan pelakon hebat termasuk Husairi Hussain yang sebelum ini turut terlibat dalam filem Mael Totey 

Menurut Facebook Syami Syazli, filem 35MM akan memulakan penggambaran pada 10 Disember 2021 di Pulau Pinang. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan