Iko Uwais Sertai 'The Expendables 4' Sebagai Watak Jahat

Pelakon Indonesia yang mempunyai kehebatan dalam seni tempur silat kini menyertai barisan pelakon filem The Expendables 4. Filem keempat dalam francais The Expendables itu turut menampilkan pelakon hebat seperti Jason Statham dan Sylvester Stallone.





Menurut laporan Deadline, Iko Uwais bakal melakonkan watak seorang bekas tentera yang kini menjadi seorang pengedar senjata api yang mempunyai bala tenteranya yang tersendiri.

Kerjaya Iko Uwais nampaknya mula kelihatan bersinar sebelum ini selepas membintangi filem Miles 22 Pada 2018 disamping Mark Wahlberg sebagai teraju utama. 

Filem The Expendables 4 menampilkan pelakon seperti Megan Fox, 50 Cent, Tony Jaa dan Andy Garcia yang turut menambahkan kepelbagaian dalam filem aksi ini.

Malah, pemilihan untuk pelakon dari Asia kelihatan seperti cara marketing yang bagus untuk menarik penonton dari Asia yang menginginkan watak watak sedemikian. 

Filem yang masih dalam penggambaran ini dijangka akan ditayangkan pada 2022.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan